Majulah Silat Cekak di Sandakan

Majulah Silat Cekak di Sandakan
Penggerak Silat Cekak di Sandakan

Friday, November 2, 2007

Kepuasan dan Pengalaman Bersilat


KEPUASAN DAN PENGALAMAN BERSILAT Silat Cekak
Kiriman pada Sunday, August 14 @ 21:59:53 MYT oleh zanuddin

saya menulis "“Orang Silat” pastinya tidak dapat berpisah dengan kelas silat. Mereka yang berminat dan menjadikan silat sebagai hobi, akan berasa resah jika tidak bersilat. Silat umpama besi berani yang menarik diri hingga roboh sebarang benteng pemisah. Dalam pada itu ada ketika setelah selesai kelas silat, hati berasa puas dan lega. Fikiran menjadi tenang. Tapi ada ketikanya, kelas silat diakhiri dengan jiwa yang ‘frust’, hati kecewa dan tidak tenang.

Saya mula menceburi SC ketika berumur 22 tahun. Jiwa remaja. Ketaksuban pada SC amat kuat tapi berasas. Setelah mengalami proses bincang dan "try", memang SC hebat. Minat pada silat selalu disertai bersama dengan azam untuk menjadikan diri "hebat" dalam persilatan. Atas sikap inilah ketika bersilat, diri ini diarah untuk buat bersungguh hati. Kadang kala lupa pasangan kita. Banyak kali pasangan yang menderita. Akibatnya sukar mencari pasangan bersilat.Jika bersilat, bengkak dan pukulan padu daripada Jurulatih dijadikan salah satu kepuasan. Kadang kala peristiwa itu menjadi bualan sesama ahli yang mempunyai minat dan fahaman yang sama. Oleh itu timbullah perbandingan antara sesama Jurulatih. "Jurulatih ni tak bestlah. Lembut sangat. Tak puaslah aku bersilat malam tadi." Itu merupakan cakap-cakap pada diri dan rakan-rakan yang inginkan bersilat secara padu dan kasar. Tapi terfikir juga di hati. Pada ahli yang bersilat secara lembut, pasti akan bercakap,"Teruklah Jurulatih tu. Kasar sangat. Aku dihentamnya. Dia ingat aku musuhke?"

Begitulah susahnya peranan Jurulatih. Bak kata pepatah, Tak Terkajang Batu Sepulau. Pandai-pandailah Jurulatih melayan karenah penuntutnya. Mungkin kita boleh dan perlu memahami kehendak dan perasaan penuntut kita. Tapi pada diri saya, kalau bersilat "tak puas", tidur akan tak selesa.

Saya sangat bernasib baik kerana keseluruhan buah, saya rasa kesannya. Pasti yang "buatnya" Allahyarham Guru Utama. Betullah kata orang kalau pitam akan nampak bintang yang berkelipan. Prinsip ini dapat kita gunakan dalam kelas. Saya berpegang bahawa penuntut perlu tahu "penangan" setiap buah. Kenal pasti penuntut. Antara penuntut tentu ada "tagan"nya. Setiap kali saya "menurunkan" buah, penuntut itu dipanggil dulu. Ketika 'bagi buah', pastikan hampir-hampir 90% (ukuran tafsiran perasaan) penangannya. Oleh sebab penuntut itu 'taf', tak jadi masalah. Kalau dia meraung pun hanya sikit-sikit sahaja. Sebabnya, dia memang seronok dan rela diperbuat demikian. Sama seperti saya menuntut dulu. Kalau jurulatih 'hentam' saya dengan kuat macam manapun saya rela. Pastinya mereka ikhlas menurun buah. Mungkinkah dalam satu-satu kelas itu tidak ada yang boleh diperlakukan seperti itu. Sepanjang pengalaman saya, belum pernah berlaku. Setiap kelas pasti ada penuntut yang hebat dan lain daripada rakan sepenuntutnya. Kalau tak ada, saya rasa kita perlu sesuaikan dengan keperluan semasa.

Suatu ketika dulu, sekurang-kurangnya terdapat tiga situasi yang menyebabkan jiwa berasa puas dan hati semakin bersemarak setelah bersilat. Situasi pertama ialah bilangan yang ramai ketika bersilat. Kalau ada lebih daripada 20 orang yang bersilat, semangat yang lemah menjadi kuat., penuntut rancak bersilat dan jurulatih yang mengendalikan kelas rancak memberi arahan dan penerangan. Itulah kesannya apabila bilangan ahli ramai ketika bersilat. Suasana meriah sekali. Agaknya itulah satu sebab kenapa bila hendak membuka kelas baru, selalu ditekankan sekurang-kurangnya bilangan yang ada biarlah seramai 20 orang.

Ketika bersilat, jurulatih yang mengajar cukup tegas. Kalau tidak diberi rehat, tiada sipa yang berani rehat hatta mencuba air seteguk. Habis tenaga diperah. Semua akur dengan arahan jurulatih. Akur kerana sikap jurulatih adalah tegas dan sikapnya tidak berubah dari mula hingga kelas tamat. Tidak ada ‘double standard’. Kalau dah 2 jam bersilat tanpa minum cuma rehat sikit-sikit) bila sekali dibenar berehat dan menikmati minuman, huhh di situlah nikmat rupanya. Tatkala tenaga kaki dan tangan telah habis; minda yang bergerak. Hendak bangkit terasa malas. Sangat malas. Pada ketika inilah jurulatih pandai mengambil ‘peluang’. Mereka memberi syarahan / taklimat atau apa-apa kata peransang atau penerangan tentang silat. Setuju atau tak setuju kena dengar. Nak bangkit terasa malas. Kaki tangan belum pulih. Kena dengar. Agaknya macam kita dengar kutbah Jumaat. Nak bangkit tak boleh. Setuju tak setuju, dengar. Dalam keadaan letih inilah sebenarnya yang memberi kepuasan kepada jiwa. Bila balik, terasa puas.

Satu lagi keadaan yang menyebabkan hati cukup berasa puas bersilat, apabila Allahyarham Ustaz (GU)sendiri turun dalam kelas. Berdasarkan pengalaman bersilat, apabila kelas rancak dengan suara riuh penuntut(bukan mulut tapi gerakan) dan jurulatih(mulut), ada kalanya menarik minat GU untuk menjenguk dan turun ke kelas. Banyak kali saya lihat GU mengajar. Cukup tegas. Suara tegas dan tinggi acap kali kedengaran. Biasa di depan mata saya, seorang penuntut ‘dipukul’ kakinya dengan ranting kayu kerana tak betul-betul gerakan. Kebetulan berdekatan dengan kelas ada pokok. Itu semua melambangkan ketegasan ketika bersilat. Yang seronoknya penuntut tidak ‘tension’. Allahyarham tidak tunggu hingga selesai kelas silat. Selepas satu sesi penerangan , beliau akan tinggalkan kelas. Ketika itu di raut muka penuntut, nampak perasaan puas. Semuanya rasa bersemangat. Kelas semakin hebat. Selesai bersilat tampak perasaan puas di hati penuntut. Itu sebabnya saya rasa jurulatrih yang mengajar perlukan ketegasan. Orang akan hormat kita kerana sikap kita, Kita mengendalikan kelas bukan tujuan memandang rendah penuntut, cuma ingin mendidik menjadi penuntut yang berjaya.

Ketika menjadi Jurulatih, kewibawaan kita perlu dipertahankan. Salah satu caranya ialah jaga stamina. Ukuran stamina bolehlah diibaratkan (agaknya) kita boleh berlatih dari asas hingga buah umum. Stamina ada kaitan dengan berat badan. Kita perlu sentiasa menjaga berat badan. Bila melebihi berat, jaga pemakanan dan perlu bersenam. Ukuran berat badan, sesuaikan dengan tinggi kita. Kalau kita 'fit' akan banyak membantu kita menurunkan pelajaran silat. Janganlah hendaknya ketika menurunkan pelajaran, dada kita berombak-ombak. Malu. Penuntut sentiasa menilai diri kita. Sesungguhnya dari aspek membina keyakinan diri, peranan jurulatih banyak memberi sumbangan dan pengaruh. Salah satu caranya, pelihara kewibawaan kita. Stamina yang mantap merupakan salah satu ciri jurulatih yang berwibawa.

Sekian dan terima kasih.


Nota: Artikal ini telah susun kembali seperti yang tersiar dalam SIDANG pada 14 Mac dan 2 April 2005. "

Suasana Hari Raya Aidilfitri

Suasana Hari Raya Aidilfitri
Sambutan Aidilfitri di rumah Penyelia

Hari Belia Kebangsaan

Hari Belia Kebangsaan
Sambutan Hari Belia Peringkat Kebangsaan

Bersilat bersama bang Mad

Bersilat bersama bang Mad
Majlis Bersilat bersama Guru Utama